Kelas Sarawak Produk

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu lepas, Pusat Internet Kg Luak berkolaborasi dengan Pusat Internet Lambir dan Permyjaya menjalankan Kelas Sarawak Produk bagi membantu dan melatih golongan usahawan untuk memulakan perniagaan diatas platform yang telah dibina iaitu Sarawak Product. Para usahawan boleh menjual barangan perniagaan mereka melalui atas talian diseluruh Sarawak.

Ini bertujuan bagi memudahkan usahawan mempromosikan barangan atau produk mereka sendiri secara meluas dan tidak hanya terhad dalam sesuatu kawasan sahaja. Hasil kelas tersebut, Pusat Internet berjaya melatih seramai 44 peserta yang menyertai kelas tersebut di Pusat Internet Lambir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali